Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Monday, June 23, 2014

Jalan-jalan ke nursery Sungai Buloh


Rasa macam kosong sangat je balkoni ni.
Plus sekarang ni bila duduk rumah tinggi menggapai awan ni, memang malas nak keluar pegi kedai barang basah. Terutamanya kalau setakat nak beli daun pandan sehelai, daun kari setangkai, kan?

Jadi solusinya adalah dengan tanam sendiri pandan, kari dan lain-lain dengan skala balkoni yang sememangnya kecil.
Maka dengan itu, aku pun ajak la suami pergi nursery yang melambak-lambak mengalahkan cendawan lepas hujan renyai di Sungai Buloh ni. 
Kalau ikutkan Google, ramai yang cakap nursery belakang Hospital Sungai Buloh lebih murah harga dia.


Kalau ikutkan memang geram tengok semua pokok-pokok yang diorang jual.
Cantik-cantik dan segar-segar semuanya.
Macam duk Cameron Highlands pon ade nih.
Tapi apekan daya, balkoni tu sekangkang kera sangat ek.
Tunggu la nanti suami aku extend balkoni ke depan nu siket boleh ah nak tanak sawit ke, getah ke.. lol..


Jom tengok-tengok gambar ye.
Aku dan ngantuk dah ni.
Nak taip pun dah tak larat.































Nampak cun giler semuanya, kan?
Hmmm....balik rumah tak sampai 2 minggu dah layu dah semua bunga tu.
Hampess betol lah.
Ni gara-gara aku letak banyak sangat baja -.-"

Aku ni memang jenis suka letak banyak-banyak.
Kalau masak pun macam tu jugak.
Suka letak garam banyak-banyak.




Ni muka budak kuyu yang ngantuk mata.
Asal ajak bejalan je mula la dia ngantuk.
Dalam kete tak mau tido.
Kat rumah lagi lah.
3 4 kali keluar masuk bilik belum tentu lagi tido -.-"


Friday, June 20, 2014

Lawatan mesra mesra di Petrosains


Gambar masa jalan-jalan ke Petrosains time cuti sekolah aritu.
Kebetulan family-in-law datang melawat rumah baru.
Ajak la gi jalan-jalan Petrosains.
Nak pegi Aquaria tak mampu ler ramai-ramai rakyat macam ni. huhu...
Ni pon ade orang baik hati tolong keluar duit. 

Jom layan gambar yang 'sengaja' disusun secara random.


Time ni dah penat-penat jalan sambil tunggu turn nak naik chopper pegi offshore.
Rehat jap dekat kawasan budak-budak main ni.
Mak budak pon tumpang sekaki.







Si Ayah dengan Mr. Silverado






Bab bergayo serahkan pada yang pakar.



Acu dengan big balls..


Kami bertiga? Sape yang paling happy?




Sape plak la pandai-pandai park kete aku senget-benget macam ni??



Family picture.. The In Laws.
Makngah and Pakngah are missing.
Sorry :-)



Me and the family.



Ni budak yang pantang jumpa stereng. 
Kalau dapat stereng memang tak lepas la jawab dia.



Ni lagi stereng.



Uda dengan Izz. Kamcing eh sekarang ni.



Apesal muka aku blur? Sape punya ipong ni? Tak sekolah betol.





Ni time ade persembahan buih oleh kakak preggy yang comel bangat.
Tapi tak tengok sampai habis sebab Izz nak susu.
Seb baik dekat nursing room tu.



Stereng lagi.


First time bawak Izz naik train. Kitorang park kereta dekat Gombak.
Kebetulan Adik ipar duk dekat ngan LRT situ.
Then ramai-ramai naik LRT ke KLCC.
Best jugak. Xde la nak jem dalam KL kan.
"Nape lah aku senyum lebor sangat macam mak cik joyah"

Jangan tak tau, Izz ni first time naik LRT dah pandai ngorat.
Ngorat amoi plak tu.
Nak yang putih-putih.
haha


Masing-masing tunjuk gigi ek.
"Cheese..."


Selfie anak-beranak.
Muka diorang sama tak? haha




Haih..stereng lagi -.-"


Eh.. dah habis dah gambo.

Okay sekian sahaja lawatan sambil mesra-mesra dengan keluarga.

Next time datang KL kite gi tempat lain plak ye.
Harap-harap la time family datang nanti poket penuh siket. huhu


Babai.


Saturday, December 29, 2012

Tune hotels tak best pon..

Lepas hantar Adik balik kampung and attend bff kat Kg Raja, kami pegi Damansara (hari krismas aritu). Actually aku ade training kat Honeywell, PJ. My hubby ikut skali. Dia nak habiskan cuti and nak jumpa orang kat sana (more too business matter). 

My SV suggest kitorang (aku dan 3 lagi member) stay kat Tune Hotel Damansara. Murah siket katanya. Ye la, kena faham kalau semua nak di tanggung duit geran, kena berjimat. Lagipun aku lame dah duk plan nak try Tune Hotel ni nak tau tang mana yang murahnya.


Harga untuk 3 malam RM237 and tambah add-on untuk towel, air-cond (24 jam), internet (24 jam - wire LAN, bukan wireless), dan TV (24 jam). Total semua RM296. Harga tu memang murah, tapi aku siket tak puas hati sebab bilik kecik je walaupun untuk 2 orang. Daftar untuk 2 orang tapi towel dapat 1 je. Nasib aku ade bawak towel spare. 

FYI, aircond dan internet dikira ikut penggunaan. Means kalau duk 3 hari, guna internet 2 jam je, rugi la kan. Tapi tang TV tu dia ikut per day. Means kalau masuk ari Selasa, TV boleh guna sampai Rabu je. Hari kedua training tu, balik bilik TV tak boleh bukak ingatkan TV rosak, sebab awalnya kami ingat TV dikira ikut penggunaan jugak. Sekali ikut hari. Pandai diorang nak berniaga yer.

Sebabkan kami laki bini ni tak leh takde TV, rase macam duk dalam gua je. huhu.. Kitorang gi la tambah lagi sehari. Terus malam tu tido tak tutup TV. haha..

Overall, kalau memang nak berjimat giler-giler tu boleh je, jangan tambah ape-ape. Lagipon bilik tu ade kipas. Takde la panas sangat pon. Tapi biasenya kalau duk hotel, TV tu kire standard la kan. Bagi free aje lah. Lagi satu, housekeeping suka datang time petang. Pelik ah, pagi tak datang bersihkan bilik. Time kitorang penat dan nak berehat sambil bukak baju kat bilik, time tu la dia datang melalak tanya nak bersihkan bilik ke tak. Ape lagi gabra la kitorang. haha..

mm..malas nak komen banyak-banyak. Kalau ade 5 bintang aku bagi 2 bintang je la. Tapi ye lah hotel budget, what do you expect,huh? Kalau nak spend seharian jelajah mall atau jenjalan, just nak balik tido je, okey la hotel ni. Tapi kalau ramai-ramai, pilih hotel lain la.

Dah balik rumah ni, keje aku tido je seharian. Malas giler. huhu.. Makan pon tak lagi nih. nasib hubby keje arini, takde la kena rajin-rajinkan diri memasak.

Bye.



Friday, December 7, 2012

Kanak-kanak riang di Lata Kinjang

Last weekend saje ajak Adik gi Lata Kinjang. Dia memang pantang jumpa air.
Pagi-pagi lagi dah bangun masak. Menu biasa-biasa je. Ayam goreng, octupus masak merah, sayur goreng, daging goreng. Tapi tak snap pon gambar. Sebab aku sangat mengantuk. 
Malam sebelumnya tido lambat duk bersembang segala bagai. Pagi plak bangun awal. Dari dalam kete lagi aku duk mengantuk. Sampai-sampai tu, kete plak buat hal kat parking. 

That's another story. Let's stop here.

Sampai-sampai kat tepi sungai yang sangat indah tu, nampak ramai 'wadegaq'. Mood nak mandi pon hilang. huhu... Ramai pulak puak-puak diorang. Lepas se-group, se-group lagi datang. Lepas makan, aku mengantuk. Hape lagi, sandarkan beg dekat batu, pegang tuala buat selimut, amik straw hat biru besar tu tutup muka.
zzzz......zzzzz.......zzzzzzzzzzz

zzzzz.........



Sudahnya si Adik je mandi ngan abang dia. Aku membuta dengan ayu di celah-celah batu. Peduli ape orang nak tengok. Lagipun air sangat-sangat sejuk, tak tahan nak mandi. Plus, kalau mandi renyah la nak tukar-tukar baju nanti. Kalau masa muda dulu ye la, pantang jumpa air aku kuak rentang dulu. Sekarang ni, enjoy kat atas je la.

Dah dekat nak balik baru aku bangun. Best gak tido kat air terjun, damai je.
Walaupun ramai yang duk bergumbira berteriak-teriak.

Aku di alam lain~~




Sempat la bangun sat tangkap gambar budak ni. Walaupun sejuk tak mengalah.





Cuci mata lagi best. Tapi kalau nampak lurah bontot mamat 'wadegaq' yang gemok tu, berdarah jugak la mate.

'wadegaq' tu ape? sila buat kesimpulan sendiri. ape-ape je lah...


Friday, November 30, 2012

Baby-sitting my baby sister!


Ok, fine. Not so baby la...
Since dia paling bongsu dalam family, kire baby la jugak.
Last week kitorang balik Terengganu and happen to be sekarang ni school holiday. This little Shafiqa wanted to stay with us for the holiday. Actually she really wanted to visit Teluk Anson. Nak tengok Menara Condong tu. But, kami sekarang tak ada masa lagi nak ke Teluk Intan. Agak jauh daripada Seri Iskandar. Teluk Intan takde ape sangat yang best kot. Kalau setakat nak pergi tengok menara tu je, tak best la kan.
In-sya Allah kalau ada peluang balik dari KL nanti singgah jap kat Teluk Anson, kena ikut laluan Kuala Selangor, dekat siket.

So, Isnin lepas ajak adik gi sopping-sopping kat Jusco Pengkalan.

Here's the kid with her happy face!

Rockin' at Daiso!



New face of Fipper sandals. Eh, forgot. Fipper belom ade model kan?? Kan??

Dapat la sneakers ni seketol.


--------------------------xxx-------------------------


Ni time jenjalan dekat Marina Bay, Lumut.


-------------------------xxx-------------------------


Jalan-jalan bagi makan ikan kat Tasek UTP. Tasek UTP cantek ape.. Selalu masuk dalam list tempat wajib ber-foto time convo budak-budak UTP. huhu..





Ni ade kami bawak bekal video ikan-ikan yang "menggelegak" dalam tasek. Banyak giler kot. Aku suspek baru lepas musim mengawan ni. haha.. Meriah tasik ni, ikan-ikan ni dah banyak sangat aku tengok macam lintah pon ade gak. Eee...geli.




Weekend ni nak mengular ke mana?
Wait haa~~

Tata.