Sunday, June 21, 2015

nak tanya kau.

apa kau paling pandai?

aku?
buat muka kosong,
hilangkan perasaan,
cakap yg bukan,

kau?
apa kau paling pandai?

Saturday, June 20, 2015

tentang impian

apa yang kau tahu tentang impian?

yang aku tahu hanya mimpi.
kau berkorban demi impian orang lain.
impian kau?
simpan dalam dalam..

hati hati dengan impian kau
sebab kau boleh musnahkan impian org lain
demi dahulukan impian kau.

kau bukan tau
kau bukan sedar
atau kau pura pura tak sedar

matanglah dalam mencapai impian
jangan sampai ketepikan yg asas...
demi kau puas..

walaupun air mata dia kau seka..
jangan anggap kau mengerti..
kerna dia mungkin bohong dalam menitiskan maknanya..
lalu kau anggap semuanya settle..

jadi mengapa dia terusan menangis?

jadi... 
apa kau tahu tentang impian?

aku?..
jujurnya..
lebih baik tak punya impian..
jadi bila dihenyak tak terasa sakitnya didalam...


hati menangis

hati menangis siapa yang tau.
nak membantah ku tak mampu.
nak merelakan ku tak mahu.
nak meluahkan tiada siapa.

nak mengundur memang tak bisa.

akibatnya sendiri menangis.
lagi dah lagi.
pedih makin pedih.
namun harus tabah.

buat muka bodoh.
lagi 
dan
lagi,,,

aku bosan...


Tuesday, January 13, 2015

Malam yang Panjang

Semalam memang malam yang panjang.
Ingatkan bila tidurkan Izz pukul 830 malam akan terusan sampai pagi.
Sekali, dia jaga jam 915.
Ah sudah.

Habis plan malam.
Lepas tu tak mau tido.
Nampak mengantuk. Menguap banyak kali.
Bila bawak masuk bilik, menangis nak keluar. Alahai.

Bila kat luar, Mommy bukak laptop nak buat correction dia pon nak main laptop.
Bila Mommy masuk bilik jahit nak stat jahit kain tempahan, dia main bekas jarum. Habis berterabur.

Mommy hilang sabar sekejap. Tutup pintu nak kemaskan jarum.
Dengar suara Izz menangis dari luar. Rasa kesian.
Keluar dan pujuk dia. Explain bahaya main jarum. Kalaulah dia faham..

Ayah dah masuk bilik. Kononnya bila Ayah masuk Izz pon ikut masuk.
Gagal.

Keluar lagi.
Mommy usung comforter bentang depan tv.
Mommy dah habis idea.
Bila Mommy nangis Izz tengok je.
Tak lama dia ajuk cara mama nangis tutup muka. Ketawa-ketawa.
Alahai buat Mommy tergelak.

Mommy baca buku. Izz main toys.
Pukul 2 Mommy dah mengantuk. Campur kecewa kerja tak siap dikala Mommy tak mengantuk.
Masa susukan Izz bau sesuatu yang mencurigakan.
Izz yak.
Banyak.
Sian dia sakit perut.

Bila dah settle, Mommy ajak tido.
Dia ajak ke dapur. Ingatkan nak main fridge.
Rupanya lapar.
Mommy suapkan bihun goreng.
Senyum sampai telinga.
Lepas dah minum air, dia ajak Mommy tido depan tv.

Last2 dia lentok macam tu je.
Badan atas karpet, kaki bawah kerusi.
Takde sapa atas toto.

Sudahnya Mommy angkat masuk bilik.
Jam 240 pagi.

Sekali mata Mommy yang sudah tak boleh tutup.


Sedar-sedar dah pagi.



Note: budak ni memang... semua benda kita buat dia nak buat. Tunggu besar nanti kamu buat semua ye. Mommy nak rilek.


Tuesday, December 2, 2014

Nota Tazkirah: Kuasa Istighfar

Saya nak share beberapa nota yang sempat dicatat masa tengok Tanyalah Ustazah by Ustazah Norhafizah minggu lepas, masa sesi Raudhah di Kedah. *eh macam pantun plak.


Tajuknya Kuasa Istighfar.

1- Antara maksud bagi istighfar adalah: "Ampuniku dan tutuplah aibku".

2- Peranan Istighfar:
  • diampunkan dosa oleh Allah
  • dihindari daripada azab Allah
  • membersihkan hati.
3- Keadaan hati ada 6:
  • hidup atau mati
  • sihat atau sakit
  • jaga atau tidur
4- Rasullah beristighfar sebanyak 100 kali sehari. Bila ada yang tanya ustazah sebanyak mana harus kita beristighfar, jawab ustazah "istighfar sampai lumat, sampai rasa hati ini hidup, sampai hati rasa lapang dan sampai hati berubah".

5- Nilai sebuah taubat terletak pada PENYESALAN dan KEAZAMANNYA.

6- Allah memberi apa yang kita minta pada waktu yang dikehendakiny bukan pada masa yang kita kehendaki.

7- Makna istighfar:
  • sesali dosa yang dilakukan
  • tidak ulangi dosa
  • menjalankan semua kewajipan
  • kembalikan harta yang diambil (bukan kepunyaan kita)
  • hancurkan semua daging yang telah merasa rezeki haram
  • badan menerima nikmat mujahadah
8- Tahap istighfar (daripada tahap rendah ke tahap tertinggi):
  • mulut sahaja, hati diam
  • mulut diam, hati beristighfar
  • mulut sebut dan hati turut ikut
  • seluruh hidupnya beristighfar kepada Allah
9- Ciri orangyang bijak:
  • bila sebut nama Allah, terbit rasa kagum dan hebatnya Allah
  • bila sebut diri sendir merasa sangat hina
  • bila ingat dosa terus bertaubat
  • bila dengar ayat Allah terus ambil pengajaran
  • bila ingat dosa terus berisghfar
  • (satu lagi point saya ter-missed) huhu
Anyway ini untuk peringatan sendiri sahaja. Kot2 nota dalam buku hilang boleh search kat sini.

Anyway kalau ada salah silap, wallahu a'lam.

All the goods come from Allah the Almighty.

Sekian. Salam.


Friday, November 28, 2014

Am I having my moment of truth?

Pukul 3.06 pagi.

Malam ni mata tak dapat lelap. Hati sedikit gusar. Sebab ada sikit ketidakpuasan hati kepada sisi sebelahku. Tak perlu cerita panjang. Simpan dalam hati.

Tadi baru sudah nonton movie Unknown. Alone. Cerita tak habis tengok sebab pada klimaks, video tamat. Tak habis download. Sedikit geram.

Sebelum masuk bilik, buka FB. Ternampak satu post yang di-share oleh rakan, tanda-tanda kiamat.

Masuk bilik. Streaming Fb. Tonton video Fb tadi. Sampai habis. Menakutkan. Tanda tandanya banyak dan jelas sekali. Tutup ipad.  Mata tak boleh lelap.

Tengok si anak di sebelah. Tido buas. Kaki di kepala kepala di kaki.

Tiba tiba teringat kuliah Tanyalah Ustazah tengahari tadi tentang Kuasa Istighfar. Hebat Ustazah Norhafizah. Banyak air mata ini tumpah. Kerdilnya aku pada Sang Pencipta.

Kepala mula ligat berfikir. Di mana aku? Siapa aku? Alangkah berdosanya. Dosa di dalam rumah tidak mampu ku hindar. Ini lagi di luar rumah. Walaupun bukan kutanggung dosa dosaku, apakah aku tidak bertanggungjawab?

Apakah sudah kuselesaikan amanahku Allah terhadap sang anak? Teringat saat aku sering marah marah padahal dia tidak mengerti. Apakah cukup apa yang aku beri kepadanya?

Teringat serba ringkas intipati surah al-waki'ah. Apakah akan ku terima buku catatan amalan ku dengan tangan kanan? Atau tangan kiri?

Berubah. Senang cakap. Susah nak buat. Mampukah aku? Tuhan bantu lah permudahkan. Jangan susahkan.

Apakah ada nyawa yang lain di dalam ku? Kalau ada. Ku mohon perempuan. Apakah aku membawanya ke jalan yg benar. Supaya permata permata ini terhindar melakukan apa yang telah aku lakukan. Kecil atau besar.

Astaghfirullah hal azim.
Astaghfirullah hal azim.
Astaghfirullah  hal azim.

Bajuku basah lagi.


Saturday, November 22, 2014

Off we go, Sayang!! #Throwback



Imbas kembali masa duk Seri Iskandar.

Terasa rindu dengan Seri Iskandar dan orang-orang di sana.

Haritu sempat balik sekejap je. Tu pun sebab ada hal.