Sunday, June 15, 2014

Cerita Tertangguh #1 - Pengasuh Izz Rizqi

Bukan lah tujuan posting ni nak mengutuk bekas-bekas pengasuh Muhammad Izz Rizqi. Tetapi adalah coretan memori supaya aku tak lupa dan boleh dijadikan pengajaran untuk next next next next babies. Oh ada 4 next kat situ. Permintaan suami katenya. Mampu ke??

Pengasuh Izz yang pertama (1) -

Sepatutnya hantar Izz pada 1 April masa tu umur Izz dah 5 bulan, tapi dia mintak awalkan 2 hari sebab nak bagi serasi. Bayaran sebulan RM 300. Standard bayaran pengasuh dekat Seri Iskandar.

Seminggu sebelum tu,

Kami semua pergi rumah dia. Malam. Dekat Taman Sidec. First impression, Okay. Rumah dia okay. Bersih giler kat dalam. Dia pun banyak cakap. Cumanya banyak cakap perkara yang merisaukan aku. Contohnya, kalau budak yang menangis banyak sangat dia tak mampu nak jaga. Macam yang sebelum-sebelum ni dia siap cakap dekat mak budak tak nak jaga dah. Aku senyap je malam tu. Somi aku je banyak cakap. Tanya itu ini.

Okay. First day,

Aku hantar Izz dia tak menangis sangat sebab ada ramai kawan kot. Angkut la semua barang-barang dia. Tapi tengahari dia menangis. Aku pergi rumah kakak tu untuk menyusukan Izz sebab dah terbiasa sebelum ni aku balik menyusu tengahari.

Petang masa aku pergi ambik Izz, kakak tu bagitau Izz menangis tak henti-henti. Minum susu siket je. Dia pon tak suka tengok TV macam budak lain. 5 bulan. Nak suruh tengok TV? Erkk...

Hari kedua,

Masa nak tinggalkan Izz dia menangis. Sayu nya hati aku.

Tengahari aku pergi menyusu lagi. Akak tu memang cakap Izz nangis sangat sampai dia tak boleh nak buat kerja. Masukkan dalam buaian pon dia duduk kejap je. Lepas tu dia menangis nak kena pegang selalu.

Aku ingat lagi masa aku pergi tengahari tu, akak tu sibuk nak deal dengan India nak pasang tar depan rumah dia. Dia tak setuju harga mahal. Tapi India tu buat jugak.

Petang, aku pergi ambik Izz.

Akak tu masih stress dengan India tu mintak harga mahal. Masa akak tu tukarkan lampin Izz, aku tengok cara dia yang sangat sempoi. Hanya baringkan Izz atas kain. Mana tilam yang aku bagi? Tapi sabar je. Aku ni sabar dan baik kadang-kadang silap tempat.

Akhirnya kakak tu terus terang dengan aku. Dia cakap dia dalam dilema. Sama ada nak give up Izz atau sorang lagi budak lelaki yang sangat nakal. Dia tak larat jugak nak jaga budak tu.

Akhirnya dia give up Izz sebab Izz manja sangat. Suka menangis. Dia tak boleh buat kerja. Nak mandi sembahyang pon susah. Izz pon tak minum susu botol. Agaknya dia selalu lapar sebab tu dia nangis. Tido pon sekejap je.

Okay lah.

Aku redha je lah kan. Nak buat macam mane.

Aku bagi la jugak akak tu siket duit. Upah jaga Izz 2 hari. Kebetulan gaji masuk.

Bila tanya-tanya kawan, ada satu lagi akak ni. Dia cakap pandai handle budak.


Pengasuh Izz yang kedua (2) -

Hari tu hari Jumaat aku call akak tu nak pergi rumah dia. Hari Sabtu petang aku baru pergi rumah dia. Habis satu taman aku pusing sampai ke hujung tempat buang sampah. Sekali call-call rumah dia dekat je ngan rumah aku cuma nombor jalan tak nampak.

First impression,

Masa ni aku pergi sorang sebab somi takde. Kerja KL. Suami dia ada. Both baik je. cakap pon okay. Aku bagi tau keadaan Izz, tak de nak sembunyikan ape-ape. Pasal Izz selalu menangis dan tak nak minum susu. Dan aku cakap jugak nak mintak dia jaga Izz sampai bulan 6 je. Sebab kontrak aku tamat sampai bulan 6.

Dia dan suami dia positif. Akak ni suka cakap. Nasib aku suka dengar :)

Setakat ni akak ni ada jaga seorang budak perempuan je. Sekarang ni dah masuk 3 tahun budak tu dengan dia. Lagi 2 orang budak (1 kid and 1 newborn) lambat lagi masuk sebab mak diorang tengah dalam pantang. Dia cerita sejarah budak-budak yang dia pernah jaga.

Budak yang dia jaga sekarang tu pun dulu sawan tangis. Selalu menangis tak henti-henti. Akak ni jaga jugak sampai la sekarang dan 3 tahun dan budak siap tak nak balik lagi. Aku lega. Nampak macam ada harapan.
Akak ni siap cakap la dia punya rules. Kalau boleh kena ambik baby paling lewat pukul 7 petang sebab dia nak ready-ready untuk solat Maghrib dan sebagainya. Then, dia akan ajar baby guna FM just in case EBM yang aku pam tak cukup. *Err..okay.. Selain tu, dia akan ajar Izz buai. Setakat ni buaian cukup, so guna dia punya dulu. *aku kalo boleh tak nak ajar Izz buaian takut susah nak gi mana-mana nak kena mengangkut bagai. *Okay lagi. Lepas tu dia request bakul susu, bakul baju (dia agak pembersih jadi dia nak asingkan semua baju budak) dan spring buaian sebab spring dia rosak siket.

Dan satu lagi akak tu cakap, dia akan bedung baby/budak bila diorang nak tidur dalam buaian. Masa tu aku sceptical siket sebab kebetulan tengah hot pasal kes baby/budak kena bedung dengan pengasuh siap saletape mulut tak nak kasi menangis. 

Bila dah balik tu aku bincang ngan suami aku. Dia kurang setuju bab susu formula. Hmmm... Tapi disebabkan terdesak aku terpaksa setuju walaupun niat aku nak bagi Izz breastmilk sampai umur dia 2 tahun. Dan bab bedung tu... hmmm.. kita tengok dulu macam mana.

Petang tu terus pegi draw duit, pergi kedai hardware cari spring buaian, bakul susu kecik, bakul baju Izz. Gigih tak aku? Dengan mengendong Izz lagi. Panas kot time tu.

Lepas tu singgah Tesco cari susu tepung. Bab susu tepung ni satu hal. Punya la tanya akak-akak aku susu apa yang sesuai. Diorang cakap Enfalac okay kot. Aku pon beli la. Harga dia dekat 50 jugak rasanya, tin kecik. Nampak tak keterdesakkan aku masa tu??

Hari pertama,

Aku hantar Izz dekat tengahari jugak. Bimbang. Masa hantar dia menangis tak nak lepas. Memang merap budak ni (Merap = perkataan orang Perak. Clingy la maksud dia). Tengahari aku pergi menyusu. 2 3 jam skali aku call akak tu tanya okay tak okay tak.

Petang aku gi ambik, akak tu cakap Izz tido je dalam buaian. Lama dia tido. Walaupun dia tak minum banyak susu. Susu tepung akak tu try kasi Izz tak minum pon. Aku lega yang teramat-amat lega. Rasa macam AMAZING giler akak ni boleh tidurkan Izz lama. Malam tu Izz tido sangat nyenyak sampaikan aku siap rehat-rehat lepas dah kemas-kemas rumah. Amazing kan? Tak de aku pikir yang bukan-bukan..

Esoknya,

Bermula la drama swasta. Izz menangis masa aku hantar. Tengahari masa aku call Izz menangis tapi akak tu cakap masih boleh handle. Tapi Izz memang susah nak minum botol. Susu yang aku bekalkan 3 botol, luak sebotol je. Tu pon banyak yang tumpah. -.-"

Dipendekkan cerita. Fast forward.

Masuk minggu ketiga, mak budak yang tengah pantang tu dah balik. Dia akan start hantar anak dia minggu depan. Masa ni banyak la teori-teori akak ni tentang Izz menangis. Izz kena sawan tangis la. Izz ni tak biasa tinggal dengan pengasuh la. Aku tak ajar Izz botol masa dalam pantang la... Dia siap suggest aku pergi tiup Izz dengan Ustaz dekat Darul Syifa'.

Suami aku macam biasa malas nak layan benda-benda macam ni. Dan aku sangat stress setiap kali nak hantar Izz dia meronta-ronta tak nak pergi dengan akak tu. Asal aku ambik petang, dia akan menyusu dengan aku banyak dan lama giler macam seharian kebulur. (Dia tak minum botol, bukan akak tu tak bagi). Akhirnya aku ambik keputusan pergi jumpa sorang Ustaz dekat Desa Seri Iskandar. Dia tiup-tiup Izz dan buat air jampi.

Selepas 3 4 hari. Tak de apa-apa perubahan. Akak tu suggest orang lain pulak. Tapi aku tak pergi.

Selepas sebulan,

Akak ni akhirnya berterus-terang dengan aku yang dia tak boleh nak jaga Izz sebab Izz menangis tak henti-henti sampaikan budak lain terjaga dan nangis sekali. Dan dia jugak terkilan sebab tak pernah lagi dalam rekod dia, dia give up jaga budak. Biasanya budak akan berhenti dengan dia sampai budak dah besar masuk tadika. Hemmm..... masa ni aku memang sangat sedih. Tak tau nak buat macam mana. Aku balik, aku menangis giler-giler. Suami dah le jauh. Adik aku plak keje. Mak Ayah semua jauh. Rase macam lonely dan loser yang teramat.

Masa aku ambik barang-barang Izz aku nampak akak tu betul terkilan dan sedih. Aku pon sebak. Sebab akak tu baik. Masalah sekarang adalah Izz sendiri.

Akhirnya aku ambik keputusan nak jaga Izz sendiri. Memandangkan kerja aku tak la memaksa aku duduk office sepanjang hari, boleh buat dari rumah sahaja, aku decide untuk jaga sendiri. Maknanya pagi aku pergi thumbprint (sekali sehari) then aku balik jaga Izz.

Masa tu lah aku writing untuk Master, aku siap Chapter 1 hingga 3. Cuma result masih problem. (Tang ni, lain tahun aku cerita).

Then bermula lah episod aku jaga anak, makan gaji separuh buta. Aku tahu gaji yang aku dapat macam tak berkat. Tapi, APA PILIHAN YANG AKU ADA?

Bakal pengasuh yang ketiga (3) -

Dia ni budak lagi. Tapi ade pengalaman kerja taska. So di jaga budak sendiri. Siap sewa sebyah rumah khas untuk jaga budak.

Masalahnya dia jaga ramai anak foreigner. Pastu anak org luar nk diorang main/gurau kasar. So, cancel la.

××××××××××××××××

Tu belum lagi cerita aku pergi tiup Izz dekat sorang Mak Cik dekat Tronoh sebab tiap-tiap malam Izz menangis macam kena rasuk. Sampai aku tak boleh tido. Stress giler-giler sebab suami tak ada. Mak Cik tu cakap Izz lemah semangat. Hmm.. entah lah. aku usaha kan aja mana yang termampu. Lepas tu izz dah tak menangis malam.

And seminggu sebelum aku pindah, aku ade mintak Pak Cik Cafe dekat V2 tolong tiup Izz dan buat air jampi. Kebetulan akak-akak cleaner dan akak cashier cafe tu nampak aku duk bawak Izz pegi Uni hampir setiap hari. Selepas tiup ngan Pak Cik tu Alhamduilllah Izz dah boleh dukung ngan orang lain. Kawan-kawan aku yang selalu datang umah tu, dia siap nak ikut balik. Uh, amazing jugak ni.

Kalau tak, aku nak masak tak boleh, aku nak mandi dia nangis. Aku nak kencing pon susah. Kalau dia tido pun aku tak boleh buat kerja rumah. Tv tak boleh bukak, nak potong ayam tak boleh. Menumis lagi la. Telinga dia alert kalahkan lintah. Sampai kan ada sekali, pos laju datang ngan moto dia hon kuat-kuat banyak kali. Izz baru tido terus jaga dan nangis. Aku rasa macam nak hempuk je kepala brader tu sebab aku memang tengah tungggu barang, dah siap pakai tudung kot. Hmmm... dia memang taknak pegi ngan sape-sape. Jiran aku pun -.-"
Kesudahnya,
Bila dah pindah sini, memang dah bincang siap-siap aku tak payah kerja dulu buat sementara sampailah Izz dah besar dah boleh tinggal dengan pengasuh.

Anyway,

Kalau sapa-sapa nak pengasuh baby atau budak dekat Bandar Universiti Seri Iskandar boleh contact aku. Aku kasi nombor phone akak yang kedua (2) ni. Di memang recommended la, cuma dia kalah dengan Izz. Rekod kecemerlangan dia dah calar siket kat situ. huhu....

Izz, Kau Memang Tak Terkalahkan! Salute!


Mommy Izz ( yang selalu mengalah ).


5 comments:

  1. salam kak,tolong bagi nombo akak no2 tu bole? terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam kak,tolong bagi nombo akak no2 tu bole? terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam...bleh bg no fon akak yg no 2 tu x??

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. tlg ye...watsap or msg ke no sy ni...0134549929...tq ye...

    ReplyDelete