Monday, June 23, 2014

Jalan-jalan ke nursery Sungai Buloh


Rasa macam kosong sangat je balkoni ni.
Plus sekarang ni bila duduk rumah tinggi menggapai awan ni, memang malas nak keluar pegi kedai barang basah. Terutamanya kalau setakat nak beli daun pandan sehelai, daun kari setangkai, kan?

Jadi solusinya adalah dengan tanam sendiri pandan, kari dan lain-lain dengan skala balkoni yang sememangnya kecil.
Maka dengan itu, aku pun ajak la suami pergi nursery yang melambak-lambak mengalahkan cendawan lepas hujan renyai di Sungai Buloh ni. 
Kalau ikutkan Google, ramai yang cakap nursery belakang Hospital Sungai Buloh lebih murah harga dia.


Kalau ikutkan memang geram tengok semua pokok-pokok yang diorang jual.
Cantik-cantik dan segar-segar semuanya.
Macam duk Cameron Highlands pon ade nih.
Tapi apekan daya, balkoni tu sekangkang kera sangat ek.
Tunggu la nanti suami aku extend balkoni ke depan nu siket boleh ah nak tanak sawit ke, getah ke.. lol..


Jom tengok-tengok gambar ye.
Aku dan ngantuk dah ni.
Nak taip pun dah tak larat.































Nampak cun giler semuanya, kan?
Hmmm....balik rumah tak sampai 2 minggu dah layu dah semua bunga tu.
Hampess betol lah.
Ni gara-gara aku letak banyak sangat baja -.-"

Aku ni memang jenis suka letak banyak-banyak.
Kalau masak pun macam tu jugak.
Suka letak garam banyak-banyak.




Ni muka budak kuyu yang ngantuk mata.
Asal ajak bejalan je mula la dia ngantuk.
Dalam kete tak mau tido.
Kat rumah lagi lah.
3 4 kali keluar masuk bilik belum tentu lagi tido -.-"


No comments:

Post a Comment